aku bersama mak kawan aku mencari barang untuk anak dia petang tadi.
kalau dulu aku rapat sangat dengan anak dia ni tapi tak lagi sekarang sebab haluan kami da berbeza.
mungkin setakat kawan hye bye sahaja.
aunty ni sangat suka mengomel. aku sabaq jek dengaq dia mengomel.
tiba tiba apa yang dia dok mengomel tu aku rasa baik aku tulis dalam blog baru aku.
aku tanya dia,'aunty kenapa pencen awal?'
mula la dia dengan intro yang sangat panjang,boleh buat karangan 350 patah perkataan.
tapi somehow it caught my attention bila aunty mula cerita tentang officemate yang perangai macam macam.
backstabber,bodek bos untuk jatohkan orang lain,pemalas,talam dua muka,macam macam lagi.
so sekarang aku sedaq yang masalah macam tu aku akan hadapi bila da kerja nanti.
sekarang masih study pon macam macam orang da aku jumpa.
tak la aku bermusuh dengan orang atau ada apa apa masalah dengan orang tapi setahun jagung aku hidup dan dari pengalaman,memang orang macam macam perangai.
even aku sendiri masih lagi keliru dengan diri aku.
kalau dulu ada jugak aku terpikir nak sambung study dalam bidang psychology.
teringin sangat nak belajaq tentang perihal manusia ni.
mungkin sekarang rezeki aku bukan dalam bidang tu but who know's,mungkin nanti aku boleh belajaq sedikit tentang bidang tu?
kadang kadang aku terpikir jugak,kenapa la orang ni suka sangat tak puas hati kat orang lain padahal rezeki sah sah depan mata?
ada jugak yang tergamak main bomoh bomoh ni.
mungkin nafsu manusia tu yang buat kita bertindak tanpa fikiran mendalam.
but at least tak ka diorang menyesal dengan apa yang diorang buat?
panjangnya aku bebel kat atas ni. HAHA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment